Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
>Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu
>bunyi... Jeng!Jeng!Jeng!... bunyi....AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi harimau yg
>kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni pun
>lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba ALLAH ni.
>Sebab dia dah lapar sangat ni.
>
>
> Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba ALLAH ni
> punyalah takut,
> berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
> diselamatkan
> daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH
> diperlihatkan sebuah
> perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si
> hamba ALLAH ni pun
> terjunlah ke dalam perigi.
>
>
> Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni
> bergayut pada tali
> tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di
> tengah-tengah perigi. Di
> mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba
> ALLAH ni pun
> berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa
> kepada ALLAH
> agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak
> selamat, tetiba dengar
> bunyi kocakan air di bawah perigi.
>
>
> AAAAA!!!!... Ya ALLAH..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu
> ada apa kat
> bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah
> jatuh ditimpa
> tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni. Atas ada harimau
> bawah ada buaya.
> Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan
> keluar, tetiba
> keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi,
> naik ke atas ikut
> tali yg hamba ALLAH tu bergayut.
>
>
> Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang
> ajar punya tikus.
>
>
> Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg
> berwarna hitam.
> Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai kat atas.
> Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam
> mana aku nak
> buat ni.... habislah jadi mangsa buaya .
>
>
> Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau
> tunggu tali
> putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...
> Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan
> dirinya, tetiba....
> terdengar satu bunyi.... BZZZZZ BZZZZZ... bunyi lebah bawa
> madu. Si hamba
> ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang
> bawa madu.
>
>
> Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut
> si hamba ALLAH
> ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH
> tu kata, "Fuh
> manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
> Sedapnya.
>
>
> SUBHANALLAH sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba
> ALLAH tu lupa
> pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya
> yg menantinya di
> bawah.
>
>
> Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah kita semua.
>
> Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang
> sentiasa mengejar kita,
> so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah Malaikat
> Munkar dan Nakir yg
> menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba
> bergayut tadi
> adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka
> panjanglah umur kita dan
> kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
>
>
> Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga
> malam yang
> sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
> Madu...,madu yg
> jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
> dunia.
> Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia
> lupa pada harimau
> dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa
> pada ALLAH.
> Waktu susah baru la nak ingat ALLAH.
>
>
> ASTAGHFIRULLAH...
>
>
>
> 1 minit untuk mengingati Allah
>
>
> Step 1:
> Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
>
>
> *SUBHANALLAH
> *ALHAMDULILLAH
> *LAA I LAHA ILLALLAH
> *ALLAHU AKBAR
> *ASTAGHFIRULLAH
> *LAA ILAH ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH *ALLAHUMMA SALLY
> WA SALLIM
> WABAA-RIK A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD WA A'A-LIHI WA SAHBIHI
> AJMA-IIN
>
>
> Step 2:
> Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,perkataan
> demi perkataan
>
>
> Step 3:
> Forward email ini kepada kengkawan anda.
>
>
> Result 1:
> Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka
> untuk
> mengingati,berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.
>
>
> Result 2:
> Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka
> untuk mengingati,
> berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.
>
>
> Result 3:
> Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya adala kengkawan yang
> mendoakan kesejahteraan
> untuk kita dan di AMIN oleh para Malaikat, INSYALLAH
>
>
> Oleh itu....................duduklah sambil merenungi betapa
> kekuasaan ALLAH
> dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang
> diredhoiNya
> Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di beri nikmat
> kesejahteraan dan
> kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan
> seharian dalam
> apa jua yang kita kerjakan.
No comments:
Post a Comment