SAHABAT TENTERA FISABILILLAH™

Sunday, April 8, 2012

Cinta Dari Kaabah

Cinta Dari Kaabah

alt
"Sayang, mama teringin nak tengok anak mama ni berdua. Asyik sorang je kak long." Puan Sarah berat untuk mengeluarkan kata-katanya.
"Maksud mama ni apa, lain je bunyinya.." Seri membalas dengan lembut.
Sememangnya Seri tidak pernah meninggikan suara kepada mamanya.
"Ye la, mama dah semakin bertambah usia ni.. Nak tengok anak mama ni bahagia dulu, dan mama boleh timang cucu." Puan Sarah berterus terang.
"Mama..." Seri memegang tangan mamanya lembut.
"Jodoh dan seru masih belum sampai mama. Kalau dah tiba masa nanti, insyaAllah mama mesti dapat juga menimang cucu. InsyaAllah..." Seri menjawab penuh yakin.
"Ok, kalau Seri tak ada, ada orang tanya mama ni. Dia nak berhajat baik untuk Seri. Seri sedia terima ke lamaran kali ni. Mama dah banyak kali tanya seri asyik menolak je.. Tapi, kali ni insyaAllah, mama tengok orangnya beriman. Boleh membimbing Seri. Waraq dan berpendidikan tinggi orangnya." Jelas Puan Sarah panjang.
Diharapkan Seri berubah hati dan lembut untuk menerima hajat yang dibawa oleh sebelah pihak.
Seri diam. Dia menundukkan sedikit kepalanya beberapa minit.
Seri memandang tepat ke wajah mamanya yang semakin kusam ditelan usia. Wajah penuh kasih dan keibuannya turut menyentuh hatinya tatkala itu.
Akhirnya, Seri akur dengan takdir..
"Mama, apa yang terbaik buat mama adalah yang terbaik buat Seri. Siapa jua pilihan mama, itulah pilihan Seri. Seri redha, tapi izinkan Seri lakukan solat istikharah dulu bole mama? Seri juga harus bertanyakan pada pemilik cinta dan diri Seri. Jika Cinta itu Allah anugerahkan untuk Seri, Seri akan terima, InsyaAllah..." Seri menjawab tenang.
Pelukan kasih sayang diiringi air mata gembira menyelubungi dua beranak di hujung ruang tamu.

Suatu pagi..
"Mama, Seri bermimpi sama seperti yang Seri pernah mimpi masa di Mekah. Lelaki yang Seri jumpa di Kaabah tu,.... Ya! Lelaki yang sama. Tapi,... err.. entahlah mama. Seri musykil. Oh ya, mama Seri dah lakukan solat istikharah, dan InsyaAllah, Seri dah sedia." Seri yakin dan tampak tenang sekali.
Hari yang dinantikan telah tiba...
"Assalammualaikum...
Adam dan Hawa bersatu oleh ketentuanNYA,
Bersatu di bawah satu cinta yang suci,
Kami datang membawa hajat menyunting bunga,
Yang mekar di taman suci penuh berseri..
"Waalaikumsalam...
Alhamdulillah, kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah yang Esa
Membawa rahmat menjunjung sunnah menyambung warisan
Wahai saudara saudari yang dikasihi semua
InsyaAllah, kami menerima dengan syukur dipanjatkan..
Selesai sesi berpantun, kini tiba acara menyarung cincin tanda 2 hati bakal disatukan.
Pintu dikuak..
Bilik yang berwarna merah jambu berseri tersusun indah dengan penuh kelopak mawar putih berbau harum..
Seri pasrah dengan ketentuannya. Moga dengan redha Ilahi, dan juga kedua ibu bapanya akan merestui segala yang akan termenterai oleh sebuah ikatan yang sah. Permintaan dari pihak lelaki untuk mempercepatkan pernikahan Seri terima tanpa banyak soal. Baginya, apa yang baik buat ibu dan ayahnya tentunya baik untuknya.
Seketika seraut wajah yang persis pernah dilihatnya berdiri di hadapannya.
Ya, lelaki yang pernah dijumpainya di Mekah, di hadapan Kaabah dulu. Seri hampir tidak cam kerana hanya sekali memandang dan masing-masing tertunduk..
SubhanALLAH, hanya nama Allah sahaja bermain di hati Seri. Seri tunduk dan diam. Dia redha dengan takdirnya, dan lelaki yang sama yang dialamatkan dalam mimpinya. Tak salah, bisik hatinya.

Sebentuk cincin disarungkan di jari manis sebelah kanan, seketika kemudian, sebentuk cincin lagi disarungkan ke jari manis sebelah kiri tanda dirinya kini telah dimiliki. Seri hanya mampu tunduk, beristigfar, memuji dan menyebut nama Allah.. Hatinya benar-benar pasrah atas ketentuan Yang Esa.
Selesai majlis jam 4.00 petang. Seri mengemas sekitar dalam rumah. Dia terpandang pada hantaran dari pihak lelaki, Senaskah Al-Quran dan ditepinya terselit satu envelope diserikan dengan riben berwarna pink.
Hati Seri terdetik untuk membuka sampul surat yang nampak kelainannya.
"Assalammualaikum buat bakal zaujahku,
Ana hanyalah insan biasa yang jua sama seperti kaum Adam yang lain ingin mencari bunga untuk suntingan hati, Bukan sekadar pendamping diri tetapi untuk menjadi pelengkap diri untuk saling melengkapi kekurangan yang ada. Dan ana termui semuanya melalui petunjuk ilahi yang mendekatkan ana dengan anti...Yang memberanikan ana menyatakan hasrat hati tanpa selindung.
Semoga kita dapat saling mengasihi atas nama Allah, insyaAllah... Ana bukanlah seperti anti yang mempunyai kepetahan berhujah, menutur bicara indah di bumi Malaysia serta cemerlang dalam kehidupan. Ana hanyalah bakal zaujmu yang hanya berkembang dan menghabiskan masa remaja menuntut di Mesir tanpa mengikut perkembangan dunia di sini. Kekurangan yang kita ada semoga akan saling melengkapi dengan kasih sayang kurniaanNYA...                                                                                                                    Setulus hati,Azhari Muzaffar

Bagai bergetar hati dan naluri Seri. Walau belum pernah mengenali namun hatinya seakan bergetar seusai membaca sehelai kertas yang dilipat rapi di dalam sampul berwarna merah jambu.
Ya ALLAH, Seandainya telah KAU tetapkan dia untukku, satukanlah kami..
Permudahkan lah perhubungan kami,
Sesungguhnya KAU Maha Mengetahu dan Berkuasa tiap sesuatu..
Seri bingkas bangun selesai solat magrib dan berdoa memanjat kesyukuran kepadaNYA..
Telekung dilipat rapid an digantung di dalam almari. Langkahnya di atur ke meja tulis berhampiran katil yang menempatkan sebuah diari yang menyimpan segala rasa hatinya.. Kali ini dia terlalu rindu untuk melakarkan baris kata sebagai meluahkan segala yang terbuku di hati. Diari yang berusia hampir 2 tahun itulah peneman setianya...
"Ya ALLAH, Sesungguhnya JanjiMU Benar.. KAU terlalu BAIK YA ALLAH... Sesungguhnya KAU Maha Pengampun... Memberikan keampunan atas setiap dosa hambaNYA yang bertaubat nasuha atas setiap kesilapan dan kesalahan dosa yang telah dilakukan.."
Cinta... Bagiku, aku telah putus harap pada Cinta.... Aku telah yakin bahawa pasti ada CintaMU di akhirat sana walau tiada cinta yang akan menemaniku di dunia ini... Namun, ternyata aku salah! Aku berdosa Ya ALLAH!!.. Aku insaf..
Dulu beberapa kali KAU hadirkan insan yang cukup sempurna buatku, namun aku biarkan... Biarkan dia kecewa dan pergi membawa hati yang lara.. Dan aku terlalu berbangga dengan segala kebahagiaan yang mungkin hadir di kemudian hari... Masih lagi ku ingati betapa lelaki itu merayu dan memohon cintaku, namun aku hanya mampu melihat dan berlalu meninggalkannya.
Betapa kejamnya aku... Kini, apabila semuanya telah dibalas oleh perbuatan ego dan sombongku, aku menangis dan merayu padaMU... Aku insaf dan taubat atas setiap sikap sombongku, egoku... Inilah hambaMU yang terlalu mementingkan diri sendiri...
Sekian lama aku menangisi takdir hidupku... namun aku sedar tiada siapa yang mampu menolak takdir..
Sehingga KAU hadirkan cahaya dalam jalan kelamku... Seorang imam yang akan menjadi pembimbing hidupku, Seorang ketua yang akan membantuku, seorang pendidik yang akan mendidik keluargaku.... Semua itu KAU hadirkan tanpa diduga... Benarlah KAU Maha Penyayang YA ALLAH...
Aku redha atas ketentuanMU dari Kaabah... Semoga itu Cinta yang akan mendekatkanku dengan JANNAHMU...Amin..."
"Sayang, mama teringin nak tengok anak mama ni berdua. Asyik sorang je kak long." Puan Sarah berat untuk mengeluarkan kata-katanya.
"Maksud mama ni apa, lain je bunyinya.." Seri membalas dengan lembut.
Sememangnya Seri tidak pernah meninggikan suara kepada mamanya.
"Ye la, mama dah semakin bertambah usia ni.. Nak tengok anak mama ni bahagia dulu, dan mama boleh timang cucu." Puan Sarah berterus terang.
"Mama..." Seri memegang tangan mamanya lembut.
"Jodoh dan seru masih belum sampai mama. Kalau dah tiba masa nanti, insyaAllah mama mesti dapat juga menimang cucu. InsyaAllah..." Seri menjawab penuh yakin.
"Ok, kalau Seri tak ada, ada orang tanya mama ni. Dia nak berhajat baik untuk Seri. Seri sedia terima ke lamaran kali ni. Mama dah banyak kali tanya Seri asyik menolak je.. Tapi, kali ni insyaAllah, mama tengok orangnya beriman. Boleh membimbing Seri. Waraq dan berpendidikan tinggi orangnya." Jelas Puan Sarah panjang.
Diharapkan Seri berubah hati dan lembut untuk menerima hajat yang dibawa oleh sebelah pihak.
Seri diam. Dia menundukkan sedikit kepalanya beberapa minit.
Seri memandang tepat ke wajah mamanya yang semakin kusam ditelan usia. Wajah penuh kasih dan keibuannya turut menyentuh hatinya tatkala itu.
Akhirnya, Seri akur dengan takdir..
"Mama, apa yang terbaik buat mama adalah yang terbaik buat Seri. Siapa jua pilihan mama, itulah pilihan Seri. Seri redha, tapi izinkan Seri lakukan solat istikharah dulu bole mama? Seri juga harus bertanyakan pada pemilik cinta dan diri Seri. Jika Cinta itu Allah anugerahkan untuk Seri, Seri akan terima, InsyaAllah..." Seri menjawab tenang.
Pelukan kasih sayang diiringi air mata gembira menyelubungi dua beranak di hujung ruang tamu.

Suatu pagi..
"Mama, Seri bermimpi sama seperti yang Seri pernah mimpi masa di Mekah. Lelaki yang Seri jumpa di Kaabah tu,.... Ya! Lelaki yang sama. Tapi,... err.. entahlah mama. Seri musykil. Oh ya, mama Seri dah lakukan solat istikharah, dan InsyaAllah, Seri dah sedia." Seri yakin dan tampak tenang sekali.
Hari yang dinantikan telah tiba...
"Assalammualaikum...
Adam dan Hawa bersatu oleh ketentuanNYA,
Bersatu di bawah satu cinta yang suci,
Kami datang membawa hajat menyunting bunga,
Yang mekar di taman suci penuh berseri..
"Waalaikumsalam...
Alhamdulillah, kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah yang Esa
Membawa rahmat menjunjung sunnah menyambung warisan
Wahai saudara saudari yang dikasihi semua
InsyaAllah, kami menerima dengan syukur dipanjatkan..
Selesai sesi berpantun, kini tiba acara menyarung cincin tanda 2 hati bakal disatukan.
Pintu dikuak..
Bilik yang berwarna merah jambu berseri tersusun indah dengan penuh kelopak mawar putih berbau harum..
Seri pasrah dengan ketentuannya. Moga dengan redha Ilahi, dan juga kedua ibu bapanya akan merestui segala yang akan termenterai oleh sebuah ikatan yang sah. Permintaan dari pihak lelaki untuk mempercepatkan pernikahan Seri terima tanpa banyak soal. Baginya, apa yang baik buat ibu dan ayahnya tentunya baik untuknya.
Seketika seraut wajah yang persis pernah dilihatnya berdiri di hadapannya.
Ya, lelaki yang pernah dijumpainya di Mekah, di hadapan Kaabah dulu. Seri hampir tidak cam kerana hanya sekali memandang dan masing-masing tertunduk..
SubhanALLAH, hanya nama Allah sahaja bermain di hati Seri. Seri tunduk dan diam. Dia redha dengan takdirnya, dan lelaki yang sama yang dialamatkan dalam mimpinya. Tak salah, bisik hatinya.
Sebentuk cincin disarungkan di jari manis sebelah kanan, seketika kemudian, sebentuk cincin lagi disarungkan ke jari manis sebelah kiri tanda dirinya kini telah dimiliki. Seri hanya mampu tunduk, beristigfar, memuji dan menyebut nama Allah.. Hatinya benar-benar pasrah atas ketentuan Yang Esa.
Selesai majlis jam 4.00 petang. Seri mengemas sekitar dalam rumah. Dia terpandang pada hantaran dari pihak lelaki, Senaskah Al-Quran dan ditepinya terselit satu envelope diserikan dengan riben berwarna pink.
Hati Seri terdetik untuk membuka sampul surat yang nampak kelainannya.
"Assalammualaikum buat bakal zaujahku,
Ana hanyalah insan biasa yang jua sama seperti kaum Adam yang lain ingin mencari bunga untuk suntingan hati, Bukan sekadar pendamping diri tetapi untuk menjadi pelengkap diri untuk saling melengkapi kekurangan yang ada. Dan ana termui semuanya melalui petunjuk ilahi yang mendekatkan ana dengan anti...Yang memberanikan ana menyatakan hasrat hati tanpa selindung.
Semoga kita dapat saling mengasihi atas nama Allah, insyaAllah... Ana bukanlah seperti anti yang mempunyai kepetahan berhujah, menutur bicara indah di bumi Malaysia serta cemerlang dalam kehidupan. Ana hanyalah bakal zaujmu yang hanya berkembang dan menghabiskan masa remaja menuntut di Mesir tanpa mengikut perkembangan dunia di sini. Kekurangan yang kita ada semoga akan saling melengkapi dengan kasih sayang kurniaanNYA.                                                                                                                              Setulus hati, Azhari Muzaffar
Bagai bergetar hati dan naluri Seri. Walau belum pernah mengenali namun hatinya seakan bergetar seusai membaca sehelai kertas yang dilipat rapi di dalam sampul berwarna merah jambu.
Ya ALLAH, Seandainya telah KAU tetapkan dia untukku, satukanlah kami..
Permudahkan lah perhubungan kami,
Sesungguhnya KAU Maha Mengetahu dan Berkuasa tiap sesuatu..
Seri bingkas bangun selesai solat magrib dan berdoa memanjat kesyukuran kepadaNYA..
Telekung dilipat rapid an digantung di dalam almari. Langkahnya di atur ke meja tulis berhampiran katil yang menempatkan sebuah diari yang menyimpan segala rasa hatinya.. Kali ini dia terlalu rindu untuk melakarkan baris kata sebagai meluahkan segala yang terbuku di hati. Diari yang berusia hampir 2 tahun itulah peneman setianya...

"Ya ALLAH, Sesungguhnya JanjiMU Benar.. KAU terlalu BAIK YA ALLAH... Sesungguhnya KAU Maha Pengampun... Memberikan keampunan atas setiap dosa hambaNYA yang bertaubat nasuha atas setiap kesilapan dan kesalahan dosa yang telah dilakukan.."
Cinta... Bagiku, aku telah putus harap pada Cinta.... Aku telah yakin bahawa pasti ada CintaMU di akhirat sana walau tiada cinta yang akan menemaniku di dunia ini... Namun, ternyata aku salah! Aku berdosa Ya ALLAH!!.. Aku insaf..
Dulu beberapa kali KAU hadirkan insan yang cukup sempurna buatku, namun aku biarkan... Biarkan dia kecewa dan pergi membawa hati yang lara.. Dan aku terlalu berbangga dengan segala kebahagiaan yang mungkin hadir di kemudian hari... Masih lagi ku ingati betapa lelaki itu merayu dan memohon cintaku, namun aku hanya mampu melihat dan berlalu meninggalkannya.
Betapa kejamnya aku... Kini, apabila semuanya telah dibalas oleh perbuatan ego dan sombongku, aku menangis dan merayu padaMU... Aku insaf dan taubat atas setiap sikap sombongku, egoku... Inilah hambaMU yang terlalu mementingkan diri sendiri...
Sekian lama aku menangisi takdir hidupku... namun aku sedar tiada siapa yang mampu menolak takdir..
Sehingga KAU hadirkan cahaya dalam jalan kelamku... Seorang imam yang akan menjadi pembimbing hidupku, Seorang ketua yang akan membantuku, seorang pendidik yang akan mendidik keluargaku.... Semua itu KAU hadirkan tanpa diduga... Benarlah KAU Maha Penyayang YA ALLAH...
Aku redha atas ketentuanMU dari Kaabah... Semoga itu Cinta yang akan mendekatkanku dengan JANNAHMU...Amin..."

Biodata Penulis

Nurul Aini Binti Marhaban Merupakan Seorang Blogger sejak September 2008, masih menuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat, pengkhususan Pengurusan Sistem Maklumat (Pengajian Luar Kampus) di universiti teknologi MARA, Kampus Puncak Perdana Shah Alam, berkhidmat sebagai Guru di Tadika Suria Perdana, Puncak Perdana Shah Alam. Beliau berkongsi karya di http://katahatiputeri.blogspot.com.

Titisan Tinta Seorang Mujahidah

Titisan Tinta Seorang Mujahidah

alt
Seindah hiasan adalah wanita solehah...
Adelaide, Febuari 2009
Tepat 7.30 pagi aku tiba di Adelaide Airport. Negara kangaroo dan koala. Pertama kali menjejakkan kaki ke tempat yang aku rasakan begitu asing buat diriku. Namun, aku beruntung kerana aku bukanlah keseorangan di sini.  Aku berjaya menyambung pelajaran di sini bersama kawan-kawanku yang lain. Teringat perbualan kami beberapa hari lepas.
"Eh, nanti masa cuti winter, kita pergi jalan-jalan nak tak? Sydney ke, Melbourne ke. Gold Coast pun seronok jugak." Kata Nani sambil mulutnya sibuk mengunyah burger. Ketika itu, kami berhenti rehat seketika di Kfc Mid Valley setelah membeli beberapa barang keperluan untuk dibawa ke Australia. Sekadar persiapan terakhir. Ajakan Nani disambut riang kawan-kawanku yang lain. Aku seperti biasa, turut serta mengangguk tanda setuju. Tidak sabar untuk menunggu saat itu tiba.
Setelah mengambil baggage, aku menolak troli beg-beg ku keluar. Ada beberapa kawanku yang sudah mendahului ku berada di satu kawasan. Aku segera menuju ke situ. Mataku terpandang kelibat dua orang yang asing bertudung litup di tengah-tengah kawan-kawanku. Bila aku sampai di situ, salah seorang daripada mereka berdua menghulurkan tangan.
"Assalamualaikum. Panggil akak, Kak Ida. Yang ni Kak Ija. Siapa nama adik?" Huluran tangannya ku sambut. Tergamam sebentar apabila salaman bukan hanya sekadar salaman. Tapi disertai dengan pelukan mesra. Terkejut, namun aku terasa ada suatu ketenangan bersama mereka berdua.
Adelaide, Julai 2009
Sudah hampir 5 bulan aku di sini. Sekarang musim dingin sudah tiba. Kesejukkannya bagai menggigit tulang-belulangku. Ketika itu aku baru saja selesai solat subuh. Keseorangan di ruang solat di rumahku. Aku melihat ke luar jendela. Langit yang mula kekuningan. Terdengar kicauan burung sayup-sayup diluar.
"Mungkin ibu burung dah mula mencari rezeki buat anak-anaknya." Bisik hati kecilku.

Tiba-tiba terasa hangat pipiku. Air jernih itu mulai turun lagi. Saat itu, segala kenangan sepanjang berada di Adelaide bagai berputar-putar di mindaku. Ada sesuatu yang bagai mengetuk-ngetuk jiwa ini. Ketukan yang bertalu-talu namun ia memberi ketenangan.
Aku sedar. Aku sentiasa lain daripada kawan-kawanku. Topik yang selalu menjadi perbualan kami sentiasa berkisar kepada keindahan dunia. Aku sedar akan kekurangan diri. Mungkin itu yang menjadi titik tolak kepadaku untuk mencari. Mencari sesuatu yang mampu merawat kepedihan hati. Aku tak menyalahkan kawan-kawanku. Mungkin kerana perasaan rendah diri yang terlalu kuat yang membuatkan aku sentiasa rasa kekurangan. Tapi, pengakhirannya menjejaskan diri aku sendiri. Jiwa memberontak. Walaupun aku berteman, namun aku sentiasa rasa keseorangan. Aku selalu bertanya, "Ya Allah, kenapa kau berikan kekurangan ini padaku. Sedangkan mereka yang lain Kau kurniakan kelebihan. Yang selamanya takkan sesekali aku miliki." Rintihan yang seringkali aku tanyakan di atas sehelai sejadah yang menjadi saksi kepada segalanya.
Persoalan itu sentiasa menjadi sebab kenapa air jernih ini sentiasa mengalir. Tapi, itu dulu. Pagi ini, titisan yang sama mengalir tapi bukan atas sebab yang sama. Kali ini, ia mengalir atas doaku yang berlainan dengan keinginanku dahulu.
"Ya Allah. Aku mahu menjadi seorang wanita yang solehah." Air jernih itu terus-terusan mengalir. Di atas sejadah yang sama, namun kali ini dengan lafaz yang berbeza. Aku yang sekarang dan aku yang dulu. Aku tahu aku mencari sesuatu. Walaupun aku pun tak pasti apa yang aku cari. Namun, aku sentiasa mencari sesuatu yang mampu memberi ketenangan kepada jiwa. Dahulu, dalam setiap sujud solatku, dalam setiap bacaan Al-Quran, aku sentiasa cuba mencari ketenangan itu. Namun, tak pernah sedikitpun damainya ku temui.
Dan sekarang, di bumi yang jauh dari tanah air, aku rasakan bahawa sesuatu yang aku cari selama ini bagaikan semakin mendekati. Sesuatu yang mampu memberi ketenangan kepada hati. Sesuatu yang akan menghilangkan perasaan kekurangan yang aku rasa selama ini.
Kenapa ketenangan ini tak ku temui dahulu? Aku cuba menilai kembali diriku sendiri. Apa matlamat hidup aku selama ini? Adakah semata-mata untuk mengejar kecantikkan duniawi? Setiap malam sebelum tidurku, bibir ini sentiasa mengucapkan kalimah syahadah. Namun, sehampir mana hubungan yang aku bina dengan Allah? Sebanyak mana pernah hati ini rindu pada kekasih Allah? Aku tunaikan kewajipan solat. Namun, sekhusyuk mana aku dalam setiap bacaan, setiap rukuk, setiap sujud ku? Seusai solat maghrib,aku membaca Al-Quran hampir setiap malam. Namun, pernahkah aku cuba fahami setiap butir isi kandungannya?
Aku bagaikan baru dibangkitkan dari lena yang panjang. Terasa baru menemui jawapan kepada setiap persoalan. Terlalu banyak episode-episod yang berlaku di sini yang memberi pentarbiyyahan kepada diri. Aku seorang pemerhati. Dan ketukan yang aku dapat adalah kerana aku memerhati dan mencari. Qudwah hasanah mereka yang mengetuk hati.
Aku mahu menjadi seperti mereka. Walaupun aku tahu aku tak layak. Siapalah aku untuk menjadi seorang wanita solehah. Aku dipenuhi dosa. Kisah hidup aku dipenuhi noda.
Aku teringat lewat di suatu petang, ketika berada di dalam bas dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis tutorial di universiti. Hati terasa ingin membuka tafsir yang berada di dalam beg sandangku. Pada helaian itu, pandanganku bagai terpaku pada satu ayat yang cukup menggetarkan jiwa.
Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)
Terasa sebak di hati. Ya Allah, aku mahu berubah. Aku tak perlukan lagi kecantikkan dunia. Aku tak perlukan lagi keindahan dunia. Aku tak perlukan lagi kemewahan dunia. Aku tak perlukan lagi kesenangan dunia. Kerana aku tahu aku tak akan pernah berasa puas jika aku memilikinya.
Adelaide 2010
"Akak, saya nak pakai tudung, boleh tak?" Tersenyum naqibah ku mendengarkan pertanyaanku."Yang bertutup itu jauh lebih dicintai Allah." Pendek jawapannya, namun sudah cukup untuk memberi kekuatan kepada diri.
Aku sedar aku sudah mula berubah. Sedikit demi sedikit. Walaupun jauh lagi matlamat yang aku inginkan. Tapi aku kumpulkan kekuatan satu demi satu. Kerana aku yakin suatu hari nanti aku pasti akan berjaya sampai ke matlamatku. Menjadi wanita solehah. Dengan izinNya.
Adelaide, Oktober 2010
Setahun yang lalu, aku mahu berubah. Dan aku dihulurkan pertolongan untuk berubah. Namun sebenarnya kekuatan untuk berubah itu sentiasa berada dalam diri setiap insan. Cuma kita yang tiada keberanian untuk memulakan. Sekarang, tanggungjawab aku semakin bertambah. Tiba masa untuk aku pula merubah. Kerana aku yakin di luar sana pasti ada jiwa-jiwa yang turut sama mencari. Pencarian kepada satu jawapan yang selama ini sentiasa berada di sisi. Pencarian kepada pergantungan Ilahi. Moga pengakhirannya adalah penemuan hakikat kemanisan iman dan islam yang sebenar. Itulah kemenangan abadi.
Malaysia, 26 November 2011
Tenang wajahnya saat melafazkan akad. Seorang akhi yang tidak begitu aku kenali. Cuma sekali-sekala bertemu atas urusan tarbiyyah. Saat cincin disarungkan, aku menangis lagi.
Kali ini tangisan ini adalah tangisan kesyukuran. Atas kurniaan Tuhan.

Tarikh 26 November dipilih atas permintaanku. Kerana tarikh ini bersamaan 1 Muharram 1433 Hijrah. Tarikh yang merupakan titik tolak penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w. Tarikh yang aku ingin abadikan sepanjang hidupku. Tanda penghijrahan. Peringatan buat diriku. Bahawa aku pernah berhijrah. Penghijrahan yang bermula atas sebab cintakan keindahan yang membawa aku kepada keindahan cinta hakiki. Cinta Ilahi.
Sekarang, di atas sejadah yang tetap sama, matlamat aku makin bertambah.
Mahu menjadi seorang isteri solehah.
Mahu menjadi qudwah hasanah.
Mahu menjadi daie yang merubah.
Mahu menjadi bidadari syurga firdaus.
Amin Ya Rabb.

Biodata Penulis

Nurul Fakhiriah Ramli Merupakan Graduan dari University of South Australia, Adelaide dalam bidang Sarjana Muda Farmasi. Beliau berkongsi karya dihttp://huriyyatunnajla.wordpress.com/.