SAHABAT TENTERA FISABILILLAH™

Wednesday, November 23, 2011

♥♥ ~♥~ CINTA MUKA BUKU/CINTA FB ♥♥ ~♥~

Kehadapan suamiku yang aku cintai kerana Allah... hari ni genap setahun aku mengenali dirimu... walaupun melalui Facebook, kita mesra... seolah-olah sudah lama mengenali... rupa-rupanya kamu adalah senior di sekolah dulu...

Mungkin kita pernah bersua, berselisih jalan, beratur di barisan yang sama 10 tahun lepas... namun, siapa sangka siapa menduga... perkenalan yang tidak pernah terjadi 10 tahun lepas... menemukan jodoh kita...

Alhamdulillah... kita ditemukan dengan kemajuan teknologi... melalui Facebook... di bulan syawal... perkenalan yang tidak dirancang...

"Salam... pernah ke kita bersua? Kenapa awak add saya?"

Aku menjawab : "Gerak hati?? Tak tahu nak kata... saya masih di Selangor... awak ni senior sekolah dulu kan?"

"Saya kerja dengan *****. Macam susuh je nak terangkan. Boleh faham ke? Hehe. Jadi, kena panggil abang senior la ni?"

Kami bertukar cerita... dalam 24jam... Kami telah bertukar nombor telefon; berborak dan mendengar suara.

Hanya selepas 3 hari berkenalan, kami berjumpa.
26 September 2009 tarikh keramat.
Di bawah sepohon pokok besar dihadapan rumah sorang kenalan....

Aku bersama kereta aku menunggu penuh debaran disitu... menunggu dia keluar...
Aku gementar... takut juga kalau diperdaya... pengalaman lalu mengajar aku berwaspada...

Soalan pertama yang aku tanya, "mana lesen?"

Maka dia pun menunjukkan lesen international nya( dia baru pulang dari belajar dan bekerja di England)... aku dengan selamba bertanya...

"Mana lesennya? Ini kad pengenalan antarabangsa.."
Dia menjawab dengan yakin, "ada dalam chip tu."

Tidak ku sangka itu lah pertanyaan pertama yang tidak begitu romantis... di pertemuan pertama... dia dengan tenang memasuki kereta dan memanduku ke kedai makan berhampiran...

Kami duduk dan bersembang.. sambil aku minum milo dan dia bersama roti canai kegemarannya... selesai disitu... aku membawanya pulang ke rumah untuk dikenalkan kepada keluarga... dia berborak sambil menonton perlawanan bola bersama abang-abangku...

Tanggal 5 Disember 2009, aku dirisik... kemudian kami bertunang pada 1 Januari 2010 dan alhamdulillah bernikah pada 13 Jun 2010...

Segalanya pantas... namun aku bersyukur dipertemukan jodoh dengan dia...
Kini aku bergelar isterinya... akan aku abadikan segalanya untuk suamiku...
Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.

Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.

Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Semoga perkenalan di Facebook kekal hingga ke syurga.. aku berdoa kepada-Mu ya Allah.. "kekalkan jodoh ku bersama suamiku hingga ke syurga... jadikan lah aku bidadari suami ku di akhirat nanti..."


Ikhlas dari,
Isteri yang menyayangimu...
- Artikel iluvislam.com
Kisah di atas adalah kisah benar yang benar-benar berlaku dan ditulis sendiri oleh Puan Nor Azizah. Andai kita betul-betul ingin berkahwin dan sudah tiba masanya, pelbagai usaha yang kita boleh lakukan berlandaskan panduan syariat. Elakkanlah buang masa untuk bercouple tak tentu arah, sebaliknya ikutilah panduan agama seperti yang diajar dalam artikel 'Bercouple Cara Islam.'



Kini teknologi makin canggih…orang kini semua nak cepat dan kalau boleh jodoh pun sama semua nak cepat dan sebab tu ramai bercinta kat facebook?oooooo tidak..cinta facebook la pulak..huhu

Ok mungkin ramai tidak sedar cinta di facebook adalah cinta versi terbaru cinta di internet ni. Dulu orang sibuk pasal MIRC sekarang dah sibuk pasal Facebook la pulak. Cinta facebook memang ada dan ada yang sampai ke jinjang pelamin pun ada itu satu kebaikan lah kan tetapi disamping kebaikan itu ada juga keburukan yang berlaku….

Cinta facebook akan mendedahkan seseorang untuk ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab..sampai ada yang mengaku bujang walaupun dah kawin 4….ek silap dah kahwin dan ada 4 orang anak hehe…

Ini akan mewujudkan keretakan rumah tangga bila si suami kantoi dengan isteri maka perang besar la gamaknya kan?

Jadi kepada sesiapa yang tergatal tangan untuk bercinta tu,berhati-hati jika kenal dengan seseorang di Facebook. Dan untuk pertemuan kali pertama saya nasihatkan ajak ramai rakan-rakan. Jangan berani-berani pergi sorang-sorang ya. Lepas tu pilih tempat pertemuan tu di tempat terbuka.

Ok lepas tu kalau orang yang anda kenali tu ajak datang rumah dia untuk pertemuan kali pertama,tolonglah katakan tidak! Sebab ianya sebenarnya lebih kepada perangkap.

Jadi dalam mencari cinta perlu hati-hati,jangan mudah percaya dengan kata-kata manis,gambar sehensem brad pit sebab tidak semuanya benar…..So hati-hatilah ya!

No comments: