SAHABAT TENTERA FISABILILLAH™

Monday, December 2, 2013

Apabila Ammar Bertemu Bidadarinya..(Bhg. 1) - Ust. Hasrizal

Lagi perkongsian dari Sdr. Abu Akhyar, jazakallahu khairan kathira :)
Rasa bahagia pula apabila mendengar kembali khutbah Jenazah yang disampaikan ini terutama sekali apabila sampai kepada ayat ”Alangkah bahagianya saudara Ahmad Ammar kerana akan bangkit bersama sahabat Nabi, Abu Ayyub al-Ansori yang akan berpegangan tangan dengan beliau. Kamu keluar dari Malaysia dan datang ke Istanbul, lalu bangkit bersama sahabat Nabi yang datang dari Madinah ke Istanbul kerana Allah Taala"

Cemburu sekali dengan ayat ini.

Mulianya Abu Ayyub al-Ansori bukan sahaja kerana Rasulullah memuliakannya, tetapi Allah yang telah memuliakannya, tatkala Hijrah Nabi ke Madinah, melalui perancangan Allah jualah unta yang dinaiki Rasulullah berhenti paling hampir sekali dengan rumah Abu Ayyub, yang akhirnya menjadi tempat tinggal Rasulullah. Rasulullah menyayangi Abu Ayyub dan keluarganya, dan Abu Ayyub serta keluarganya turut menyayangi Rasululullah dengan sepenuh jiwa dan raganya, tanpa ada sekikitpun bahagian ditinggalkan kecuali semuanya untuk Rasulullah.

Selepas kewafatan Rasulullah, Abu Ayyublah di antara sahabat Nabi yang masih hidup yang dikurniakan keberkatan umur yang panjang yang menyertai misi jihad bagi percubaan pertama membuka Kota Konstantinopel pada tahun 674M ketika usianya 90 tahun, bagi merealisasikan hadis Nabi bahawa Konstantinopel akan dibuka oleh sebaik-baik pemimpin, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Abu Ayyub akhirnya syahid dan dikebumikan di bawah tembok di pinggir Kota Konstantinopel berikutan wasiatnya agar beliau dapat mendengar derapan kaki kuda panglima agung yang membuka Kota ini dan tentera2nya.

Selepas hampir 800 tahun cubaan menakluk kota ini akhirnya ia berakhir pada tahun 1453 apabila Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menakluk Kota ini.

Selepas penaklukan Kota ini, Sultan Muhammad al-Fateh turut mahu memberi kemuliaan kepada Sahabat Nabi yang mulia ini. maka enam (6) tahun kemudian iaitu pada tahun 1459, Sultan mengarahkan agar dicari di mana kedudukan jasad Abu Ayyub al-Ansori di pinggir tembok Kota ini agar boleh dimaqamkan dengan pemakaman yang sempurna.

Kisah pencarian jasad Abu Ayyub ini turut dicatatkan di dinding Masjid Eyub ini, Sultan Muhammad al-Fateh mengarahkan pencarian melalui gurunya, iaitu AK Shamsuddin, Allah Taala telah memberi petunjuk kepada Ak Shamsuddin melalui mempinya akan kedudukan jasad Abu Ayyub Al-Ansori, dan selepas dijumpai dibina kompleks pemakamannya dan disitu jugalah dibina Masjid Eyub.

Seorang Sultan yang mulia yang disabdakan oleh Rasulullah sebagai sebaik-baik panglima turut memuliakan seorang yang lain yang turut dimuliakan oleh rasulullah.

Kini adindaku Ahmad Ammad turut dikebumikan di kalangan orang-orang yang mulia. Semoga dikau juga diberi kemuliaan seperti mereka. inshaAllah. Amin Ya RAbbal Alamin.




No comments: