SAHABAT TENTERA FISABILILLAH™

Monday, January 23, 2012

-- Punca sebenar pelajar menengah gagal membaca dan menulis!!! --

-- Punca sebenar pelajar menengah gagal membaca dan menulis!!! --

by Muhammad Syafiq Mohammad on Monday, 23 January 2012 at 23:12





sumber dari  : http://kheru2006.livejournal.com/326681.html
SAYA ingin merujuk kepada tulisan Hassan Salleh bertajuk 'Di Manakah Silap Guru' di ruangan ini yang menyentuh soal wujudnya pelatih-pelatih PLKN lepasan sekolah menengah yang masih tidak boleh membaca dan menulis.



Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun mengajar di sekolah menengah ialah:

Di maktab perguruan, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya 'buat apa yang betul untuk murid'. Tapi hakikatnya di sekolah, pengetua hanya mahu mencari nama dan hendak cepat naik pangkat dan naik gaji. Oleh itu semua guru mesti berhempas pulas mengurus hal-ehwal sekolah. Kadang-kadang guru terpaksa meninggalkan kelas untuk hadir mesyuarat kerana pengetua mahu semua fail lengkap dan terkini.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mengajar mengikut tahap murid. Untuk itu, murid diasingkan mengikut kelas. Murid yang pandai dan cekap akan diletak di kelas pandai, supaya guru boleh mengajar dengan pantas. Jika kurang cekap dan lemah, akan diletak di kelas kurang pandai supaya guru boleh mengajar perlahan-lahan dan murid boleh dibantu.
Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai.
Ibu bapa pun baliklah dengan bangga dan berceritalah kepada jiran-jiran, kononnya anaknya di kelas pandai. Tapi akhirnya anaknya ketinggalan kerana tak mampu mengejar murid pandai yang lain dan guru akan diserang lagi kerana tak pandai mengajar.


Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan klien. Tapi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran tidak pernah anggap guru sebagai klien mereka. Guru sekolah hanya 'kuli' pihak PPD dan jabatan semata-mata. Jika PPD dan jabatan minta data, guru mesti sediakan secepat mungkin. Kalau boleh dua saat selepas diminta, data mesti sudah sampai ke pejabat.
Dua hari selepas data dihantar, PPD dan jabatan akan telefon sekolah untuk memarahi pengetua kerana guru tidak hantar data. Pengetua pun marahlah kepada guru dan guru pun terpaksalah meninggalkan kelas untuk menghantar lagi data buat kesekian kalinya kerana PPD dan jabatan memang tidak pernah simpan apa-apa data pun. Setiap kali mahu apa-apa mereka akan minta dari sekolah, sehingga data yang sama boleh dihantar hampir sepuluh kali ke pejabat. Tanyalah kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, berapa kali agaknya data enrolmen murid dihantar ke pejabat dalam setahun.

Saya fikir kesilapan pihak guru ialah, lain yang diajar di maktab, lain yang perlu dbuat. Pengetua, PPD, jabatan dan ibu bapa, semua membuli guru sekolah. Kalau maktab perguruan mahu membantu hapuskan buta huruf, ajarlah guru pelatih bagaimana hendak 'mengajar' orang atasan.

WALLAHUA'LAM... ^^)




antara komen para pembaca  :

fariz m.ghazali wrote:
Jan. 21st, 2012 06:56 am (UTC)
bagus!
Bagus dan betul.Saya kira banyak lagi jabatan yang terjadi macam ni.Matlamat semua dah songsang..!
Link | Reply | Thread

yati_003 wrote:
Jan. 21st, 2012 03:43 pm (UTC)
ada juga kebenarannya disitu....^_^
Link | Reply | Thread

Hashim Mohdsidek wrote:
Jan. 22nd, 2012 06:42 am (UTC)
jangan persalahkan guru pula
persalahkan dr sendiri, xkn dh sekolah menengah masih xtau membaca dan menulis, pe wat ms sekolah rendah xkn belajar. sepatut ibu bapa/ penjaga nak mengambil perhatian pembelajaran sekolah anak2. bila de mslh salahkan sekolah/guru. ni delah tanggungjawab bersama.
Link | Reply | Thread

laguna bad wrote:
Jan. 22nd, 2012 11:53 am (UTC)
btl gak
kdg2 guru nak hukum plajar ni xbrani. sbb kebodohan mak bapak sendiri terlalu backup anak tu. tringat dulu tiap2 tahun bapa aku pegi skolah pesan kat cikgu kalau aku ni prangai cam setan ikut cikgu lah nak wat mcm mana pom nak berdiri tgh padang panas2 ker, rotan ker asalkan xmasuk spita.. sbb sbb bapak aku tahu guru2 bg hukuman bukan sajer2 jer...

1 lagi pihak skolah terlalu menekan akedemik. activity ko di abaikan walhal aktiviti ni lah yg menjana disiplim budak. pegilah sokalh mane2 pom aktiviti ko mmg diketepikan. xde guna kerajaan duk sibuk suruh tekan kan ko, tp hakikat nya di skolah pengetua hanya kejar nama di akedemik. 

1 lagi skang ni ramai bakal/yg dah jadi guru hanya sbb utk kerja semata2, bukan sbb minat tu yg mengajar ntah kemana pom kalau kerja ikhlas.cikgu skang ni kebanyakkan nyer tumpu nak wat tuition kat luar sbb dapat fulus lebey.. jg perhatian kat sekolah da kurang. btl kan?

tp naper mcm di jepun, us skolah sana xde pom nak bahagikan2 budak2 pandai bodoh. daripada 1 - smpai habis die org ttp stil stick dlm kelas. skurang2nya yg si bodoh ni xde la
Link | Reply | Thread

Muzaffar Masor wrote:
Jan. 22nd, 2012 12:24 pm (UTC)
Re: btl gak
kerja kat sekolah berlambak2. cikgu dah pulun dari sekolah rendah lagi. mak bapak yg prlu main peranan sama. jgn ingat nak pass kat ckg ja. cikgu kat sekolah nk kena jg 40 murid satu kelas. xkan mak bapak nk jg n ngajaq anak 3,4 org kat umah pun xbleh. sama2 bantu la utk kepntingan anak sendiri.



No comments: